Blog

A. Ramlie (Ramlie bin Ahmad)

08/08/2013 20:33

Allahyarham Ramlie bin Ahmad atau nama singkatannya A. Ramlee merupakan penyanyi yang berasal dari Singapura dan dilahirkan 1948. A Ramlee merupakan seorang daripada penyanyi pujaan ramai sekitar tahun 1960-an.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Ramlie merupakan anak ketiga daripada 16 beradik. Allahyarham merupakan antara penyanyi paling popular dalam zaman 1960-an. Lagu Oh Fatimah dan Kenangan Mengusik Jiwa ciptaan Salamah Basiron adalah dua lagunya yang sangat popular ketika itu. Kebanyakan lagu nyanyiannya diiringi oleh kugiran The Rhythm Boys.

A. Ramlie nyata memiliki suara 'emas' yang telah memikat ribuan penggemar lagu Pop Yeh Yeh dari Singapura, Malaysia, Brunei dan juga Indonesia. Popularitinya begitu menyerlah sehingga majalah Berita Filem tahun 1960-an memberinya gelaran 'Budak Ajaib'.

Sebelum menyanyi, Allahyarham A. Ramlie terlebih dahulu sering mengaji Al-Quran. Ayahnya, Ahmad Morsed, dikatakan cukup menjaga tingkah laku anak-anaknya, terutama A. Ramlie. Penglibatan Allahyarham A. Ramlie dengan The Rhythm Boys berpusat di Jalan Ismail. Ketika itu beliau bergiat secara senyap-senyap kerana takut ditentang bapanya.

'Rahsia terbongkar ketika abang bawa pulang EP (rekod jangka pendek) pertamanya yang dirakam pada tahun 1966. Apabila beliau beritahu bapa yang beliau sudah menjadi penyanyi, bapa tidak percaya malah mentertawakannya. 'Kata bapa, 'suara kau macam katak bentung, nak jadi penyanyi konon.' Tapi apabila abang tunjukkan EP rakamannya, bapa terdiam. Walaupun dia tak suka, apa nak dikata, beliau terima saja,' cerita Ramlan.

EP pertamanya mengandungi empat buah lagu - Oh Fatimah, Kenangan Mengusik Jiwa, Ingat Padaku dan Seruanku.

Allahyarham A. Ramlie telah merakamkan lebih 200 buah lagu dalam 20 album dengan beberapa label dalam tempoh 30 tahun.
Setelah meninggalkan The Rhythm Boys beliau berpindah ke kugiran The Clans dan The Ramlies yang dipimpin sendiri.
Beliau mempunyai seorang anak perempuan, Mariana, hasil perkahwinan dengan penyanyi seangkatannya Maria Bachok.
Penyanyi poh yeh yeh yang popular dengan lagu Oh Fatimah dan Kenangan Mengusik Jiwa itu, pernah memenangi Anugerah Penyanyi Popular Singapura sekitar 1960-an.

Sejak berpisah daripada isterinya, penyanyi Maria Bachok, beliau tinggal di Tampines, Singapura bersama-sama ibu dan adiknya, Suraya. Ibunya juga sudah meninggal dunia. A. Ramlee meninggal pada 9 Mei lalu, genaplah enam tahun A. Ramlie meninggal dunia. Allahyarham meninggal dunia di Tampines dalam usia 53 tahun kerana menghidap penyakit Parkinson.


Pekerjaan
Penyanyi

Instrumen
Vokal

Tahun Aktif
1960 an

Album
   Senyumlah Kaseh
   Oh Fatimah


Lagu-Lagu
    Kenangan Mengusik Jiwa
    Oh Fatimah
    Harapan Menanti
    Merintih Kalbu
    Curahan Kasih
    Kasih Tak Sudah
    Ku Tetap Menunggu
    Sejambak Budi Setangkai Hati
    Gadis Jururawat
    Salam Muhibah
    Sama Rasa Nikmat Cinta (lagu 70an)- A. Ramlie & Maria Bachok
    Ingat Padaku

—————

A. Rahman Onn

08/08/2013 20:25

A. Rahman Onn merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

A. Rahman Onn berasal dari Johor Bahru dan sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Strangers. Beliau mencipta nama dengan lagu Chinchin Emas.

A. Rahman Onn turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.


Pekerjaan
Penyanyi


Tahun Aktif
1960 an


Lagu-Lagu
    Hasrat Hati
    Hujan
    Putus Harapan
    Rindu
    Si Cincin Emas
    Aku Nak Pulang
    Bila-kah Berjumpa
    Chinchin Emas
    Kembali-lah Pada Ku
    Perachun Kalbu
    Cincin Emas Telah Diterima
    Julaiha
    Semua Jadi Kenangan ( Lagu Baru 2006 )

—————

A. Rahman Mohd

08/08/2013 20:08

A. Rahman Mohd merupakan salah seorang penyanyi sekitar tahun 1960-an.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

A. Rahman Mohd pernah menghasilkan album piring hitam dengan diiringi pemuzik kumpulan The Fabulous Orchids yang berasal dari Pontian, Johor. Album tersebut mengandungi dua lagu berentak perlahan dan dua lagu berentak rancak, yang merupakan kebiasaan bagi rekod yang dihasilkan di Malaysia dan Indonesia masa itu. Album itu dihasilkan dibawah label The Playboy yang dimiliki oleh Syarikat Rakaman Ngee Fat (Record Company).


Pekerjaan
Penyanyi

Kumpulan
The Playboy

Tahun aktif
1960 an

Lagu-Lagu
    Mengapa Menghilang (ditulis oleh B. Ahmad)
    Pesanan Ku (ditulis oleh B. Ahmad)
    Setia Menunggu (ditulis oleh B. Ahmad)
    Seruan Pertiwi (ditulis oleh B. Ahmad)

—————

A. Rahman Hassan

08/08/2013 20:01

Dato' A. Rahman Hassan merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik dalam Anuegrah Kecapi Papuita 2006.

Pekerjaan
Penyanyi

Instrumen
Vokal

Tahun Aktif
1960 an

Pencapaian
    Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik (Anugerah Kecapi Papuita 2006).


Lagu-Lagu:-
    Bimbang
    Cincin Belah Rotan
    Hanya Untukku
    Perpaduan Hidup
    Semoga Berjaya
    Usah di kesalkan - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
    Nasib pak tani - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
    Syurga idaman - lagu: Dato’ A Rahman Hassan & lirik: Ali Omar
    Tak mengapa - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
    Mestikah - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
    Kerana Fitnah - lagu: MYRosnah & lirik: Dato’ A Rahman Hassan
    Pergilah kanda ku - lagu: Dato’ A Rahman Hassan & lirik: Ali Omar
    Nikmat yang tak ternilai - lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan

—————

A. Nandong

07/08/2013 10:56

A. Nandong merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 1960-an / 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Dia bersaudara dengan A. Dayang.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

A. Nandong sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan De' Fictions.
A. Nandong turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007.

Pekerjaan
Penyanyi

Instrumen
Vokal

Tahun Aktif
1960-an - 1970-an

Album
    A. Nandong dan De' Fictions Muar (1967)
    A Nandong dan De Fictions 2

Lagu-Lagu
    Berilah Jawapan (A. Nandong dan De' Fictions Muar (1967))
    Menunggu Jawapan (A. Nandong dan De' Fictions Muar (1967))
    Aku Di-Kenalkan (bersama De' Fictions) (A. Nandong dan De' Fictions Muar (1967))
    Daku Menunggu (bersama De' Fictions) (A. Nandong dan De' Fictions Muar (1967))
    Senyum Mesra (A Nandong dan De Fictions 2)
    Dari Pandangan Ku (A Nandong dan De Fictions 2)
    Senja Kala (A Nandong dan De Fictions 2)
    Aku Di-kenalkan. (A Nandong dan De Fictions 2)
 

—————