A. Ramlie (Ramlie bin Ahmad)

08/08/2013 20:33

Allahyarham Ramlie bin Ahmad atau nama singkatannya A. Ramlee merupakan penyanyi yang berasal dari Singapura dan dilahirkan 1948. A Ramlee merupakan seorang daripada penyanyi pujaan ramai sekitar tahun 1960-an.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Ramlie merupakan anak ketiga daripada 16 beradik. Allahyarham merupakan antara penyanyi paling popular dalam zaman 1960-an. Lagu Oh Fatimah dan Kenangan Mengusik Jiwa ciptaan Salamah Basiron adalah dua lagunya yang sangat popular ketika itu. Kebanyakan lagu nyanyiannya diiringi oleh kugiran The Rhythm Boys.

A. Ramlie nyata memiliki suara 'emas' yang telah memikat ribuan penggemar lagu Pop Yeh Yeh dari Singapura, Malaysia, Brunei dan juga Indonesia. Popularitinya begitu menyerlah sehingga majalah Berita Filem tahun 1960-an memberinya gelaran 'Budak Ajaib'.

Sebelum menyanyi, Allahyarham A. Ramlie terlebih dahulu sering mengaji Al-Quran. Ayahnya, Ahmad Morsed, dikatakan cukup menjaga tingkah laku anak-anaknya, terutama A. Ramlie. Penglibatan Allahyarham A. Ramlie dengan The Rhythm Boys berpusat di Jalan Ismail. Ketika itu beliau bergiat secara senyap-senyap kerana takut ditentang bapanya.

'Rahsia terbongkar ketika abang bawa pulang EP (rekod jangka pendek) pertamanya yang dirakam pada tahun 1966. Apabila beliau beritahu bapa yang beliau sudah menjadi penyanyi, bapa tidak percaya malah mentertawakannya. 'Kata bapa, 'suara kau macam katak bentung, nak jadi penyanyi konon.' Tapi apabila abang tunjukkan EP rakamannya, bapa terdiam. Walaupun dia tak suka, apa nak dikata, beliau terima saja,' cerita Ramlan.

EP pertamanya mengandungi empat buah lagu - Oh Fatimah, Kenangan Mengusik Jiwa, Ingat Padaku dan Seruanku.

Allahyarham A. Ramlie telah merakamkan lebih 200 buah lagu dalam 20 album dengan beberapa label dalam tempoh 30 tahun.
Setelah meninggalkan The Rhythm Boys beliau berpindah ke kugiran The Clans dan The Ramlies yang dipimpin sendiri.
Beliau mempunyai seorang anak perempuan, Mariana, hasil perkahwinan dengan penyanyi seangkatannya Maria Bachok.
Penyanyi poh yeh yeh yang popular dengan lagu Oh Fatimah dan Kenangan Mengusik Jiwa itu, pernah memenangi Anugerah Penyanyi Popular Singapura sekitar 1960-an.

Sejak berpisah daripada isterinya, penyanyi Maria Bachok, beliau tinggal di Tampines, Singapura bersama-sama ibu dan adiknya, Suraya. Ibunya juga sudah meninggal dunia. A. Ramlee meninggal pada 9 Mei lalu, genaplah enam tahun A. Ramlie meninggal dunia. Allahyarham meninggal dunia di Tampines dalam usia 53 tahun kerana menghidap penyakit Parkinson.


Pekerjaan
Penyanyi

Instrumen
Vokal

Tahun Aktif
1960 an

Album
   Senyumlah Kaseh
   Oh Fatimah


Lagu-Lagu
    Kenangan Mengusik Jiwa
    Oh Fatimah
    Harapan Menanti
    Merintih Kalbu
    Curahan Kasih
    Kasih Tak Sudah
    Ku Tetap Menunggu
    Sejambak Budi Setangkai Hati
    Gadis Jururawat
    Salam Muhibah
    Sama Rasa Nikmat Cinta (lagu 70an)- A. Ramlie & Maria Bachok
    Ingat Padaku

—————

Back