Blog

A. Karim Jais

07/08/2013 10:52

A. Karim Jais merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran Kumpulan Les FentonesLes Fentones.

Tahun Aktif
1960 an

Pekerjaan
Penyanyi

Kumpulan / Band
Les Fentones

Instrumen
Vocal


Lagu-Lagu
    Julaidah
    Bahgia Berubah Derita
    Suasana Jiwa
    Si Dara Jelita
    Membisu Seribu Kata
    Harapan Cinta
    Julaidah
    Kecewa Cinta
    Peristiwa Meracun Hati

—————

A. Kadir Jailani

07/08/2013 10:41

A. Kadir Jailani merupakan salah seorang penyanyi era 60-an.

Tahun Aktif
1960 an

Album
A Kadir Jailani & The Braile Boys Instrumental 60an - Desiran Ombak

Lagu-Lagu
    Dia Ku Rindu baru
    Debaran
    Desiran Ombak
    Rintihan Sukma

—————

A. K. Tajuddin

07/08/2013 10:35

 

A. K. Tajuddin merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.
A. K. Tajuddin pernah menghasilkan satu album piring hitam bersama Norsiah A. Hamid A. K. Tajuddin.

Penyanyi 1960 an

Lagu-Lagu
    Derita
    Membisu

—————

A. Halim (Abdul Halim bin Mohammad Diah)

07/08/2013 10:18

Abdul Halim bin Mohammad Diah atau lebih dikenali sebagai A. Halim merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Abdul Halim dilahirkan pada 12 Oktober 1947. Beliau turut menyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De' Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma.

Abdul Halim turut merakamkan banyak album dengan beberapa syarikat rakaman, antaranya adalah Suria, TNA, MMI, dan Life.
Beliau bersara dari jawatan Penolong Pengurus Kewangan di Johor Port Berhad 2007.


Tahun aktif
1960-an - 70-an

Pekerjaan
Penyanyi
 

Album
A. Halim & The Wanderers menampilkan Elly Kassim dari Indonesia
Album Hitam Manis.
Album Salam Mesra Dari A. Halim & De' Fictions (Awal 1968 - Suria Records)
Album A. Halim & De' Fictions Vol. 1 (TNA Records)
Album EP Gadis Buta - A. Halim dengan Raja Norlela (Life)



Antara lagu-lagunya adalah:-

    Bermusim
    Berkenan
    Budi Pekerti
    Cenderawasih
    Dendang Terakhir
    Doa dan Harapan
    Gadis Buta duet A. Halim & Raja Norlela
    Hitam Manis versi A. Halim
    Inikah Balasannya
    Ikan Dilaut Asam Didarat
    Jalan Bersama duet A. Halim & Raja Norlela

    (Ciptaan Ahmad Hj. Hassan)
    Kan Hilang Nanti
    Kawan Lama
    Kisah dan Tauladan
    Ku Cuba
    Ku Tetap Kasih
    Kebinaria

(Asalnya nyanyian Muchsin & Titiek Sandhora).
    Kembali Lagi
    Masa Remaja
    Pandangan Desa
    Pemberianmu
    Salam Mesra
    Selamat Pulang Dan Jumpa Lagi
    Semua Tahu
    Sejak Kau Pergi
    Sekuntum Bunga
    Teman Baru
    Tiada Lagi
 

—————

A.Dayang

07/08/2013 06:31

 

A. Dayang merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 1960-an / 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Dia bersaudara dengan A. Nandong.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.A. Dayang sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Familys.

 

Tahun aktif

1960 an - 1970 an

 

Instrumen

Vocal

 

Lagu-Lagu

Meratap Hiba

Sampai Jumpa Lagi

 



 

—————