Abdul Halim bin Mohammad Diah atau lebih dikenali sebagai A. Halim merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Abdul Halim dilahirkan pada 12 Oktober 1947. Beliau turut menyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De' Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma.
Abdul Halim turut merakamkan banyak album dengan beberapa syarikat rakaman, antaranya adalah Suria, TNA, MMI, dan Life.
Beliau bersara dari jawatan Penolong Pengurus Kewangan di Johor Port Berhad 2007.
Tahun aktif
1960-an - 70-an
Pekerjaan
Penyanyi
Album
A. Halim & The Wanderers menampilkan Elly Kassim dari Indonesia
Album Hitam Manis.
Album Salam Mesra Dari A. Halim & De' Fictions (Awal 1968 - Suria Records)
Album A. Halim & De' Fictions Vol. 1 (TNA Records)
Album EP Gadis Buta - A. Halim dengan Raja Norlela (Life)
Antara lagu-lagunya adalah:-
Bermusim
Berkenan
Budi Pekerti
Cenderawasih
Dendang Terakhir
Doa dan Harapan
Gadis Buta duet A. Halim & Raja Norlela
Hitam Manis versi A. Halim
Inikah Balasannya
Ikan Dilaut Asam Didarat
Jalan Bersama duet A. Halim & Raja Norlela
(Ciptaan Ahmad Hj. Hassan)
Kan Hilang Nanti
Kawan Lama
Kisah dan Tauladan
Ku Cuba
Ku Tetap Kasih
Kebinaria
(Asalnya nyanyian Muchsin & Titiek Sandhora).
Kembali Lagi
Masa Remaja
Pandangan Desa
Pemberianmu
Salam Mesra
Selamat Pulang Dan Jumpa Lagi
Semua Tahu
Sejak Kau Pergi
Sekuntum Bunga
Teman Baru
Tiada Lagi
—————